Idea Bisnes Menarik Untuk Tambah Pendapatan

Adakah anda berminat untuk mulakan perniagaan anda sendiri tetapi anda sendiri tidak tahu apa dan bagaimana untuk mulakannya. Anda mungkin terfikir beberapa soalan yang masih tidak terjawab dan anda perlu mencari jawapannya. Anda juga mungkin mempunyai dilema seperti tidak tahu perniagaan apa yang ingin buat, bagaimana nak bermula atau tidak mempunyai sebarang ilmu perniagaan yang anda ingin ceburi. Disini saya ingin memberi paduan dan contoh idea yang anda boleh gunakan atau rujukan. Jangan risau tentang modal perniagaan ini kerana semua idea perniagaan ini mempunyai modal yang rendah dan kurang berisiko. Mungkin ada diantara anda yang tidak mempunyai modal yang besar dan hanya cukup untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Walaupun hanya dengan modal yang rendah, anda boleh mendapat keuntungan yang sangat lumayan.

(A)Kiosk makanan. Terdapat beberapa syarikat-syarikat jualan makanan yang menawarkan pakej jualan makanan berkonsepkan mudah alih dengan harga yang berpatutan. Usahawan berupaya menukar kiosk niaga yang mungkin hanya sebesar 1.5 meter x 1.5 meter kepada sumber pendapatan lumayan. Kiosk mudah alih ini sangat mudah untuk dipasang dan boleh dibuka di tempat tumpuan orang ramai seperti pasar malam, karnival makanan, majlis keramaian, restoran, bazar atau medan selera. Selain tiada bayaran francais atau caj tersembunyi, perniagaan seperti ini mudah dan boleh dilakukan dimana sahaja. Ia juga menawarkan potensi keuntungan maksimum dan keperluan tenaga kerja yang minimum. Selain itu teknik dan latihan penyedian makanan juga ada disediakan oleh syarikat untuk memastikan setiap usahawan berkebolehan dalam mengendalikan kiosk makanan tersebut.

(B) Perniagaan Ice Blended. Di kala cuaca panas ini, perniagaan ice blended memang akan laku keras. Untuk memulakan perniagaan ini, barang-barang yang diperlukan adalah seperti mesin pengisar, payung, meja kerja, serbuk perasa, bekas perkakasan dan keperluan lain. Terdapat beberapa keistimewaan perniagaan ice belnded ini seperti perniagaan ini sangat mudah, kurang risiko membazir kerana serbuk yang digunakan tidak mudah rosak atau basi. Ice blended juga mudah untuk disediakan mengikut citarasa pelanggan. Kebanyakan peniaga ice blended menjual di kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan sekolah, kawasan perumahan, pusat membeli belah, karnival dan sebagainya. Dibantu dengan cuaca Malaysia yang agak panas, tidak hairan jika ada usahawan ice blended yang mendapat keuntungan melebihi empat angka sebulan.

(C)Perniagaan Takoyaki. Perniagaan Takoyaki adalah salah satu perniagaan jalanan yang sangat menguntungkan kerana ramai rakyat Malaysia amat menggemari makanan yang berasal dari negara Jepun ini. Kebiasaan masyarakat hanya mengenali cekodok pisang, bawang dan ikan bilis yang diperbuat daripada aduanan tepung dan bahan-bahan terpilih sebelum digoreng. Takoyaki pula, cekodok versi Japun yang dimasak di dalam lubang bulat mesin khas bersama kobis cincang dan sotong atau ayam atau udang. Takoyaki dihiasi dengan fish flakes, kicap cair dan mayonis. Kewujudan takoyaki di Malaysia mendapat sambutan hangat dari pelanggan kerana tidak perlu lagi ke Jepun untuk makan makanan di negra matahari terbit itu. Gerai atau kiosk yang menjual takoyaki kebanyakannya berada di pusat membelih belah. Malah Takoyaki jugak mendapat sambutan hangat dari pelancong dari luar dan dalm negara. Peniagaan takoyaki ini sangat ringkas tapi ianya mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan. Terdapat pelbagai jenis resepi dan ramuan yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber seperti Youtube dan majalah. Kebanyakan peniaga Takoyaki, menjualnya dengan harga RM5 sekotak berisi 3-4 biji. Apabila dibandingkan dengan modal resepi, perniagaan ini sangat-sangat menguntungkan.

(D) Perniagaan FoodTruck. Perniagaan Food Truck ini biasa dikenali di dalam siaran televisyen seperti Asian Food Channel atau TLC di Astro. Budaya trak makanan ini sudah biasa dijalankan di sekitar bandar-bandar besar di Amerika, Kanada seperti New York. Industry trak makanan ini semakin popular dan yang menarik lagi industri ini lebih didominasi oleh golongan remaja. Perniagaan trak makanan ini lebih jimat kerana peniaga tidak perlu membayar sewa premis dan hanya fokus kepada kaedah pemasaran untuk mempromosikan kepada pelanggan. Modal pula dikeluarkan hanya untuk perkara-perkara penting seperti minyak kenderaan dan bahan mentah. Pemasaran pula, peniaga hanya perlu mempamerkan reka bentuk trak yang menarik sahaja untuk menarik perhatian pelanggan. Disebabkan trak makanan boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain, cara itu sudah memadai untuk memberitahu pelanggan berkaitan perniagaan mereka. Selain itu, terdapat juga festival yang membuat jualan foo truck secara beramai-beramai seperti di Kota Bharu Kelantan. Disamping itu, pemilihan menu makanan pula bergantung kepada peniaga sama ada aiskrim sandwich, makanan barat atau minuman seperti kopi. Ada juga yang menjual makanan tempatan seperti laksa, mee rebus, masakan panas dan sebagainya. Makanan pula dipersembahkan dengan cara yang bersih dan kreatif. Strategi perlu diatur dengan baik agar perniagaan dapat terus berkembang dan dapat bertahan dalam tempoh masa yang lama. Peniagaan ini diyakini dapat menampung kehidupan dan membawa keuntungan yang memberangsangkan jika diusahakan dengan baik.

(E) Perniagaan Makanan Barat. Makanan barat adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Salah satu keistimewaan makanan barat adalah ianya mudah disediakan dan cepat. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk makanan sampai. Banyak perniagaan makanan delivery di Malaysia dan yang penting semua makanan ini adalah homemade dijual dengan harga yang berpatutan. Mereka menyediakan menu yang sihat dan seimbang. Peniaga makanan western ini beroperasi dari rumah dan hanya memerlukan modal yang rendah sahaja dan sesuai bagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan. Pelanggan pula tidak hanya terdiri daripada mereka yang bekerja tapi ada juga pelajar IPT yang sering sibuk dengan kelas dan tugasan, ini lah alternative mereka untuk membeli makanan tanpa perlu keluar. Peniaga makanan wastern biasanya akan menawarkan harga yang lebih rendah kepada pelajar yang memesan banyak order.

 

Please follow and like us:

Join the discussion...

Your email address will not be published. Required fields are marked *