About Us

SIAPA KAMI?

bisnesmakanan.com adalah salah satu program dari Syarikat kami iaitu Puncak Stainless Steel & Machinery. Syarikat kami menjual peralatan dapur keluli tahan karat dan mesin pemprosesan makanan secara runcit atau borong. Kami juga menyediakan perkhimatan selepas jualan untuk dapur domestik dan juga komersial. Kami memenuhi keperluan pasaran dengan menyediakan peralatan dapur komersial. Selain menjaga khidmat dan mengekalkan kualiti produk pelanggan kami, kami juga menyediakan perundingan percuma dan mempunyai pasukan yang pakar untuk menyelesaikan masalah anda. Dengan adanya bisnesmakanan.com ini, kami akan meningkatkan tahap servis kami kepada pelanggan yang disayangi.

 

APA YANG KAMI JUAL?

bisnesmakanan.com menjual pakej-pakej perniagaan mampu milik. Terdapat pelbagai pakej perniagaan yang kami tawarkan untuk anda yang ingin memulakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan malah besar-besaran. Kami juga menyediakan segala kelengkapan perniagaan anda.

 

KENAPA PILIH bisnesmakanan.com?

Perkara yang paling penting untuk mendapatkan pelanggan yang lebih ramai adalah kepercayaan. Kami mempunyai HQ utama dan 2 buah kedai fizikal di Kelantan yang sangat dipercayai oleh pelanggan tetap kami. Sila datang ke kedai kami jika anda memerlukan nasihat mengenai pemilihan produk atau pakej perniagaan atau jika anda menghadapi masalah menggunakan produk kami. Kami disini sedia membantu. Selain itu, matlamat kami adalah untuk menjadikan semua pelanggan kami berasa selesa dan selamat apabila berunding dan membeli-belah dengan kami. Jika anda memerlukan bantuan, jangan ragu untuk menghubungi kami.